Posts

Image
 27.03.2021 Antara dua bunga, kau lebih ku gemar.  Rasa yang tak pernah layu, rindu yang sentiasa mekar.  Meski telah tiba musim luruh, dalam ingatanku kau tetap segar.  | Bungor |
Image
 25.11.2021 Berdikari tanpa perlu bercerita Bahagia tanpa perlu menunjuk Baik-baik saja walau tiada yang bertanya khabar Begitu inginnya aku menikmati masa-masa ini Jalanan ini belum dinodai Akan aku jaga hingga waktunya tiba Berkongsi rasa mencipta kisah bersama
Image
 30.11.2021 Hidup dan ujian bukan sekadar; "Tuhan aku mahu mati, kerana aku tak bisa itu dan ini.  Aku kira hidup tak lagi beerti. Maka, izinkan aku tamatkan riwayat ini". Hidup lah hingga ujianmu tandus dek hamasah yang tiada tepu. Sampai jumpa di lain waktu.
Image
10.12.2021 Hidup adalah perjalanan mencintai apa yang dimiliki dan berjuang untuk apa yang dicintai. Seiring berjalan waktu dan perpisahan berlaku, rasa rindu mengetuk keras tembok jiwa. Cinta itu meruntuhkan segala kesangsian dalam jiwa. Ia selalu ada, waktu akan membawanya kepadamu. Mungkin kerana ia selalu ada membuatkan kau buta akan kehadirannya. Seketika diuji kerana ketidaannya di sisi mu, jiwamu seakan kosong tanpa zahirnya. Akhirnya kau temukan bahawa kau sepi tanpa cinta itu dan kau mula mengharapkan ia kembali lagi.  Mencintai itu tak perlu hanya sesuatu atau seseorang, hatimu itu luas, penuhilah ia dengan cinta.